KUALA LUMPUR: Human Resource Development Corporation (HRD Corp) berjaya mengumpul levi berjumlah RM2.2 bilion tahun lepas berbanding RM1.81 bilion pada tahun sebelumnya.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, jumlah kutipan levi itu merupakan rekod terbaik sejak penubuhan HRD Corp pada 1993.
Katanya, HRD Corp turut mencatatkan rekod terbaik dalam meluluskan geran bantuan kewangan sebanyak RM1.78 bilion dan lebih daripada 2.2 juta tempat latihan tahun lepas.
"Sebagai perbandingan, HRD Corp mengutip levi sebanyak RM1.81 bilion, meluluskan lebih RM728 juta tuntutan dana latihan dan meluluskan 1.15 juta tempat latihan pada 2022," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina HRD Corp bagi tahun 2024, di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, Kementerian Sumber Manusia komited menyediakan program latihan berkualiti kepada semua rakyat Malaysia untuk meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara.
"Ini selaras dengan fokus 3K kami, untuk meningkatkan Kebajikan, Kemahiran, dan Keberhasilan dalam kalangan pekerja Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, beliau juga mengamanahkan HRD Corp untuk menyediakan program latihan kepada semua lapisan masyarakat, khususnya usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta individu di kawasan luar bandar, bagi memastikan tiada yang terlepas peluang mendapatkan latihan dan pembangunan. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024
Steven Sim (tengah) hadir pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina HRD Corp bagi tahun 2024, di Kuala Lumpur, pada Rabu. - Gambar Facebook HRD CORP
Hampir 20 peratus wilayah Indonesia mula alami musim kemarau
Kira-kira 19 peratus wilayah Indonesia kini mengalami permulaan musim kemarau yang dijangka berterusan sehingga September.
KBS, MSN kaji keperluan rombak geran program pembangunan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula sekiranya terdapat keperluan merombak peruntukan geran kepada program pembangunan sukan terutamanya apabila mer
Kerajaan rancang enam misi perdagangan antarabangsa tahun ini, galak eksport francais
Kerajaan dengan kerjasama MFA merancang melaksanakan enam misi perdagangan antarabangsa tahun ini dengan objektif untuk memupuk dan menggalakkan lebih banyak eksport francais ke luar negara.
Penghantaran bantuan melalui udara ada baik, ada buruk - KHOM
Penghantaran bantuan kemanusiaan melalui udara ada risiko keselamatan kepada orang awam secara umum.
Kerajaan pertingkat Maqasid al-Syariah dalam pengembangan ekonomi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kini memasuki fasa kedua dalam usaha memperluas instrumen kewangan Islam.
Jangan bimbang dengan peraturan baharu - China
China yang mempunyai pertikaian kedaulatan maritim dengan Filipina dan negara lain yang menuntut wilayah, telah mengeluarkan peraturan baru yang berkuat kuasa pada 15 Jun.
Harimau Malaya 'tempang' harungi aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia
Skuad kebangsaan bakal mengharungi baki dua perlawanan terakhir kumpulan bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tanpa lima tonggak utama yang terpaksa diketepikan pada saat-saat akhir.
Pesawat SIA alami penurunan ketinggian mendadak
Kementerian itu menambah, pada pukul 7.49 pagi waktu tempatan, 21 Mei, pesawat itu sedang melepasi selatan Myanmar pada ketinggian 37,000 kaki dan kemungkinan terbang di kawasan yang sedang berlaku aktiviti perolakan.
Korea Utara hantar lebih 200 belon sampah ke Korea Selatan
Tentera Korea Selatan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyentuh belon putih dan beg plastik yang melekat padanya kerana ia mengandungi sisa kotor dan sampah.
28 maut, lebih 20 cedera bas jatuh gaung di barat daya Pakistan
Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan lebih 20 orang cedera dalam kemalangan bas di daerah Washuk, wilayah Balochistan, barat daya Pakistan.
Minggu Latihan Kebangsaan pupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat - HRD Corp
HRD Corp bakal menganjurkan NTW pada Jun ini, bertujuan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat melalui peluang meningkatkan kemahiran dan pembelajaran secara percuma.
HRD Corp meterai 13 MoU perluas platform pembelajaran dalam talian e-LATiH
Kolaborasi pertama seumpamanya itu akan membolehkan HRD Corp menyediakan akses kepada 160,000 kursus tambahan melalui platform e-LATiH.
HRD Corp kutip levi RM2.2 bilion, tertinggi sejak penubuhan - Steven Sim
Jumlah kutipan levi itu merupakan rekod terbaik sejak penubuhan HRD Corp pada 1993.
Latihan percuma kepada rakyat Malaysia, NTW 2024 tawar 25,000 kursus
NTW 2024 turut melibatkan penambahbaikan dalam penawaran kursus latihan termasuk meliputi sektor ekonomi digital dan teknologi kecerdasan buatan (AI).
HRD Corp yakin berjaya terajui PLM
HRD Corp yakin mampu menjadi pemacu utama dalam membantu negara memanfaatkan potensi setiap rakyat Malaysia agar menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
NHCCE 2023: Pemangkin tambah baik pembangunan modal insan
NHCCE menjadi pemangkin untuk menambah baik landskap pembangunan modal insan, sekali gus memacu aspirasi negara maju.
NHCCE 2023: Himpunkan pakar, pemain industri majukan modal insan Malaysia
Persidangan dan pameran anjuran HRD Corp itu mendapat penyertaan lebih 3,500 delegasi serta 400 reruai pempamer dengan kehadiran 7,000 pengunjung.
Kerjasama kerajaan, pemain industri penting supaya Malaysia kekal berdaya saing - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah agar kerajaan, pemain industri dan semua pihak terus memberikan keutamaan kepada pembelajaran sepanjang hayat untuk rakyat.
Malaysia tidak mampu hilang tenaga kerja mahir - V Sivakumar
Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar percaya pembangunan modal insan di negara ini boleh terus dipacu menerusi kerjasama pelbagai pihak.
Sivakumar beri kerjasama kepada PAC, dipanggil kerana HRD Corp bawah KSM
PAC telah memanggil Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar untuk memberi keterangan dalam prosiding berhubung isu pengurusan HRD Corp.